Assalamualaikum. Hari ni cik RA tetiba aje rajin nak share
karangan yang cik RA pernah buat masa sekolah dulu. Tajuknya
ialah “faktor2 yg mendorong
remaja terjebak dalam lembah gejala sosial.”
Maklumlah, cik RA ni kan minat sgt dalam dunia penulisan ni.
Sejak sekolah rendah sehinggalah sekarang, dunia penulisan tetap menjadi
minat cik RA. Dalam penulisan, cik RA boleh
luahkan segalanya. Hanya penulisan yg
berbicara tentg apa yg cik RA rasakan krn kdg2 tak semua benda kita dpt luahkan pd
kwn/org sekeliling. Melalut pula cik RA ni. Okey, kita teruskan ke topik
asalnya.
Bagaimanakah
cara untuk mengembangkan fakta?
·
Fakta
·
Huraian (1-5
ayat)
·
Beri contoh
·
Masukkan
UM(ungkapan menarik), Peribahasa, slogan kata.
·
Kesimpulan
awal
Faktor-faktor yang mendorong remaja
terjebak dalam lembah gejala sosial
Dalam mengejar era modenisasi ini, gejala
sosial dalam kalangan remaja semakin meningkat.
Masalah ini amat membimbangkan semua pihak. Masalah ini perlulah diatasi dengan segera
supaya tidak menular dengan lebih teruk.
Oleh itu, semua pihak perlulah memainkan peranan untuk mengatasi masalah
tersebut. Terdapat beberapa faktor yang
mendorong berlakunya gejala sosial dalam kalangan remaja.
Prakarsa perdana remaja terjebak ke kancah
gejala sosial kerana kurangnya didkan agama yang diterima oleh mereka. Remaja tidak diberi didkan yang sempurna
sejak kecil lagi. Contohnya, mereka
tidak diajar untuk mengerjakan solat ketika berusia 7 tahun dan dirotan ketika
berusia 10 tahun. Remaja sepatutnya
dididik sejak mereka masih kecil lagi kerana kata peribahasa melentur buluh
biarlah daripada rebungnya. Remaja yang
kurang didikan agama akan lemah imannya dan tidak mempunyai pegangan agama yang
kuat. Mereka akan mudah terpengaruh
dengan gejala negatif seperti merempit, vandalism, merokok, ponteng sekolah dan
sebagainya. Di samping itu, masa depan
mereka akan turut musnah dan menjadi sampah masyarakat. Menurut pakar motivasi tersohor negara, Datuk
Dr Fadzilah Kamsah berkata pegangan agama benteng yang menghalang perlakuan
negatif. Selain itu, remaja yang
bermasalah juga akan menjejaskan pembinaan negara dan bangsa wawasan 2020
negara. Tuntasnya, didikan agama yang
kurang sempurna menyebabkan seseorang remaja terjerumus ke lembah gejala
sosial.
Faktor seterusnya ialah, ibu bapa menganggap
remaja sudah dewasa dan boleh berdikari sendiri. Ibu bapa menganggap bahawa anak-anak mereka
sudah dewasa kerana usia mereka telah meningkat antara 13 hingga 21 tahun dan
boleh berfikir secara matang. Ibu bapa
juga terlalu memberikan kebebasan tanpa had kepada anak-anak seperti
membenarkan anak-anak mereka keluar sehingga larut malam sehingga tidak pulang
ke rumah. Hal demikian, remaja akan
mudah terjebak ke lembah maksiat seperti pergaulan bebas, seks rambang, menghidu
gam dan sebagainya. Pergaulan tidak
terbatas juga seolah-olah tiada pegangan agama akan memusnahkan masa depan
mereka sendiri. Tuntasnya, sudah terang
lagi bersuluh anggapan salah ibu bapa akan memusnahkan masa depan anak-anak
mereka.
Di samping itu, ibu bapa tidak memberi kasih
sayang yang cukup kepada anak-anak.
Kasih sayang yang mencukupi akan menghalang anak-anak mencari
keseronokan di luar. Kebiasaannya, ibu
bapa cenderung menyerahkan tanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anak mereka
kepada pembantu rumah dan sibuk bekerja ibarat kera di hutan disususkan, anak
di rumah mati kelaparan. Ibu bapa
perlulah bijak meluangkan masa bersama anak-anak agar mereka akan merasa diri
mereka dihargai. Sikap ibarat enau dalam
belukar melepaskan pucuk masing-masing ini perlu dikikis bagi memastikan remaja
tidak terlibat dengan gejala sosial. Api
kemarahan dan keegoan yang menebal di dada anak-anak pasti mudah diruntuhkan
dengan kasih sayang ibarat menatang minyak yang penuh.
Sama ada kita sedar atau tidak, remaja mudah
terpengaruh dengan rakan sebaya. Masa
depan remaja akan musnah sekiranya mereka tersalah memilih kawan. Bak kata cendekiawan, sekiranya kita berkawan
dengan penjual minyak wangi, nescaya kita akan berbau wangi. Sekiranya kita berkawan dengan pembuat besi,
nescaya kita juga akan turut terkena percikan apinya. Remaja yang bermasalah seolah-olah hanyut
tidak berdaya di derasnya sungai, bergerak dengan arahnya aliran sungai dan
terumbang-ambing. Tuntasnya, akhlak yang
buruk akan merosakkan diri seperti cuka merosakkan madu.
Selain itu, pengaruh media massa turut
menyebabkan remaja terlibat dengan gejala sosial. Contohnya, remaja menonton filem-filem
negatif yang disiarkan di televisyen.
Seterusnya, remaja mudah terpengaruh dengan aplikasi jaringan sosial di
internet seperti facebook, twitter dan sebagainya. Remaja yang bermasalah akan dipandang hina
oleh masyarakat.
Secara kesimpulannya, semua pihak bertanggungjawab untuk mengatasi
gejala sosial dalam kalangan remaja.
Oleh itu, masalah ini perlulah diselesaikan segera agar tidak
menjejaskan nama baik negara.
Fuhh. Habis hilang skill keyboarding cik RA menaip
karangan panjang-panjang ni. Selamat
membaca kepada semua. Sampai di sini
sahaja coretan cik RA untuk kali ini. Stay
tunned untuk coretan yang seterusnya.
Bye-bye.
terima kasih byk2 . karangan ni sgt berguna kpd sy .
ReplyDeletesame2.. :)
Deleteyeayhhh
ReplyDelete