Sunday, 14 June 2015

Karangan faktor-faktor yang mendorong remaja terjebak dalam gejala sosial

Assalamualaikum.  Hari ni saya tetiba aje rajin nak share karangan yang saya pernah buat masa sekolah dulu.  Tajuknya  ialah “faktor2 yg mendorong remaja terjebak dalam lembah gejala sosial.”
Maklumlah, saya ni kan minat sgt dalam dunia penulisan ni.  Sejak sekolah rendah sehinggalah sekarang, dunia penulisan tetap menjadi minat saya.  Dalam penulisan, saya boleh luahkan segalanya.  Hanya penulisan yg berbicara tentg apa yg saya rasakan krn kdg2 tak semua benda kita dpt luahkan pd kwn/org sekeliling.  Melalut pula saya ni.  Okey, kita teruskan ke topik asalnya.

Bagaimanakah cara untuk mengembangkan fakta? 
·         Fakta
·         Huraian (1-5 ayat)
·         Beri contoh
·         Masukkan UM(ungkapan menarik), Peribahasa, slogan kata.
·         Kesimpulan awal


Faktor-faktor yang mendorong remaja terjebak dalam lembah gejala sosial

  Dalam mengejar era modenisasi ini, gejala sosial dalam kalangan remaja semakin meningkat.  Masalah ini amat membimbangkan semua pihak.  Masalah ini perlulah diatasi dengan segera supaya tidak menular dengan lebih teruk.  Oleh itu, semua pihak perlulah memainkan peranan untuk mengatasi masalah tersebut.  Terdapat beberapa faktor yang mendorong berlakunya gejala sosial dalam kalangan remaja.

  Prakarsa perdana remaja terjebak ke kancah gejala sosial kerana kurangnya didkan agama yang diterima oleh mereka.  Remaja tidak diberi didkan yang sempurna sejak kecil lagi.  Contohnya, mereka tidak diajar untuk mengerjakan solat ketika berusia 7 tahun dan dirotan ketika berusia 10 tahun.  Remaja sepatutnya dididik sejak mereka masih kecil lagi kerana kata peribahasa melentur buluh biarlah daripada rebungnya.  Remaja yang kurang didikan agama akan lemah imannya dan tidak mempunyai pegangan agama yang kuat.  Mereka akan mudah terpengaruh dengan gejala negatif seperti merempit, vandalism, merokok, ponteng sekolah dan sebagainya.  Di samping itu, masa depan mereka akan turut musnah dan menjadi sampah masyarakat.  Menurut pakar motivasi tersohor negara, Datuk Dr Fadzilah Kamsah berkata pegangan agama benteng yang menghalang perlakuan negatif.  Selain itu, remaja yang bermasalah juga akan menjejaskan pembinaan negara dan bangsa wawasan 2020 negara.  Tuntasnya, didikan agama yang kurang sempurna menyebabkan seseorang remaja terjerumus ke lembah gejala sosial.

  Faktor seterusnya ialah, ibu bapa menganggap remaja sudah dewasa dan boleh berdikari sendiri.  Ibu bapa menganggap bahawa anak-anak mereka sudah dewasa kerana usia mereka telah meningkat antara 13 hingga 21 tahun dan boleh berfikir secara matang.  Ibu bapa juga terlalu memberikan kebebasan tanpa had kepada anak-anak seperti membenarkan anak-anak mereka keluar sehingga larut malam sehingga tidak pulang ke rumah.  Hal demikian, remaja akan mudah terjebak ke lembah maksiat seperti pergaulan bebas, seks rambang, menghidu gam dan sebagainya.  Pergaulan tidak terbatas juga seolah-olah tiada pegangan agama akan memusnahkan masa depan mereka sendiri.  Tuntasnya, sudah terang lagi bersuluh anggapan salah ibu bapa akan memusnahkan masa depan anak-anak mereka.

  Di samping itu, ibu bapa tidak memberi kasih sayang yang cukup kepada anak-anak.  Kasih sayang yang mencukupi akan menghalang anak-anak mencari keseronokan di luar.  Kebiasaannya, ibu bapa cenderung menyerahkan tanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anak mereka kepada pembantu rumah dan sibuk bekerja ibarat kera di hutan disususkan, anak di rumah mati kelaparan.  Ibu bapa perlulah bijak meluangkan masa bersama anak-anak agar mereka akan merasa diri mereka dihargai.  Sikap ibarat enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing ini perlu dikikis bagi memastikan remaja tidak terlibat dengan gejala sosial.  Api kemarahan dan keegoan yang menebal di dada anak-anak pasti mudah diruntuhkan dengan kasih sayang ibarat menatang minyak yang penuh.

  Sama ada kita sedar atau tidak, remaja mudah terpengaruh dengan rakan sebaya.  Masa depan remaja akan musnah sekiranya mereka tersalah memilih kawan.  Bak kata cendekiawan, sekiranya kita berkawan dengan penjual minyak wangi, nescaya kita akan berbau wangi.  Sekiranya kita berkawan dengan pembuat besi, nescaya kita juga akan turut terkena percikan apinya.  Remaja yang bermasalah seolah-olah hanyut tidak berdaya di derasnya sungai, bergerak dengan arahnya aliran sungai dan terumbang-ambing.  Tuntasnya, akhlak yang buruk akan merosakkan diri seperti cuka merosakkan madu.

  Selain itu, pengaruh media massa turut menyebabkan remaja terlibat dengan gejala sosial.  Contohnya, remaja menonton filem-filem negatif yang disiarkan di televisyen.  Seterusnya, remaja mudah terpengaruh dengan aplikasi jaringan sosial di internet seperti facebook, twitter dan sebagainya.  Remaja yang bermasalah akan dipandang hina oleh masyarakat.

  Secara kesimpulannya,  semua pihak bertanggungjawab untuk mengatasi gejala sosial dalam kalangan remaja.  Oleh itu, masalah ini perlulah diselesaikan segera agar tidak menjejaskan nama baik negara.



Fuhh.  Habis hilang skill keyboarding saya menaip karangan panjang-panjang ni.  Selamat membaca kepada semua.  Sampai di sini sahaja coretan saya untuk kali ini.  Stay tunned untuk coretan yang seterusnya.  Bye-bye.



3 comments: