Sunday, 14 June 2015

Khasiat Buah Mentimun



Assalamualaikum semua pembaca.  Seperti yang kita semua tahu buah mentimun mempunyai banyak khasiatnya dan sangat sesuai digunakan pada wajah.  Timun dapat melembabkan kulit wajah dan dapat dijadikan masker pada wajah.  Terdapat pelbagai kegunaannya pada kita.

Manfaat mentimun untuk kecantikan wajah adalah tidak asing lagi pada para pencinta rawatan kulit dek kerana mentimun mempunyai pelbagai manfaatnya seperti menjadikan kulit lebih segar, menyejukkan muka, melembabkan dan melicinkan kulit.  Mentimun juga sangat mudah untuk didapatkan.

Cara merawat wajah menggunakan mentimun juga adalah sangat baik kerana ia tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan pada wajah kerana ia merupakan bahan semulajadi dan tidak mempunyai bahan kimia seperti bahan kosmetik yang selalu kita pakai.  Memanfaatkan khasiat mentimun untuk merawat wajah adalah sangat baik untuk kulit kita.  So, tunggu apa lagi?  Mari kita memanfaatkan khasiat mentimun pada wajah kita.

Bagaimana untuk memanfaatkan buah mentimun pada wajah anda?
Ikuti langkah-langkah di bawah.
1. Potong timun, kemudian basuh timun tersebut dengan bersih.
2.Blend timun dengan air.
3.Buangkan hampas timun, cuma ambik air je.
4.Masukkan air timun dalam botol yang sesuai.
5.Kemudian simpan dalam peti sejuk.

Siap!

Boleh digunakan selama seminggu. Sangat mudah seperti ABC aje kan?  Selamat mencuba.


2 comments:

  1. Salam..nk tnya,air timun yg dicadangkn d sini utk buat masker atau minum yer..cair sgt klau buat masker

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm dear.. bleh digunakan sbgai toner.. Slmt mencuba :)

      Delete