Thursday, 26 May 2016

Resepi Kerabu mangga Simple

Assalamualaikum.  

Dah lama terasa nak makan kerabu mangga.  Sebelum ni asyik duk makan mangga asam boi. Sekarang dah tukar selera pula.  Hari ni saya rajin sikit nak share resepi kerabu mangga.  Kalau tak rajin, tak ada la entry ni kan?  Ye tak?  Haha.  Okey, resepi kerabu mangga ni sebenarnya sangat simple dan resepi ni saya ambik dari kakak.  Seriously, sgt simple.  Tak percaya? Try buat.  Memang sedap rasa kerabu mangga ni, terasa masam masin, manisnya.

Bahan A:
-4 biji mangga epal, diparut memanjang
-1 kuntum bunga kantan dihiris halus
-1 biji bwg besar dipotong bulat
-1 biji tomato dihiris nipis

Bahan2 lain:
-5 biji cili padi
-sedikit bilis digoreng dan ditumbuk separa hancur
-Udang kering digoreng dan ditumbuk separa hancur
-3 sudu besar jus limau nipis
-Garam dan gula secukup rasa

Cara2:
-Campurkan bahagian A dan gaul mesra.
-Masukkan ikan bilis dan udang kering.
-Masukkan cili padi, jus limau nipis, garam dan gula.
-Gaul mesra.


Siap!  Tadaa, inilah hasilnya.



No comments:

Post a Comment