Sunday, 13 January 2019

Jatuh Cinta Dengan Pulau Kapas

Assalamualaikum. Amboi tajuk post bukan main, haha. Tapi nak dijadikan cerita mmg sy dah jatuh hati gila dgn Pulau Kapas, mujur tak jatuh cinta dgn org kat sana jer. :D

#THROWBACK

Tahun 2018, dah tiga kali saya menjejakkan kaki ke Pulau Kapas. Ni mmg jatuh cinta tahap gaban. Tular posting pakej daytrip Pulau Kapas dengan bajet yg sgt murah di facebook menyebabkan sy excited gila nak pegi. Kalau ditanya apa hobi no 1 sy, jawapannya travel & bergambar.



My wishlist: Travel every year. Hopefully my partner share same interest just like me.

Pulau Kapas mmg indah seindah pasir pantai di pulau yg putih bagaikan kapas. Air laut di perairan sgt jernih/ clear crystal water. Bagi saya, Pulau Kapas sesuai untuk holiday yang ringkas. Mungkin bagi sesetengah orang, Pulau Kapas agak biasa jika nak dibandingkan dgn pulau-pulau lain yg lagi menarik spt Pulau Redang, Pulau Perhentian dan lain-lain.

Pulau Kapas sgt kecil kalau nak dibandingkan dgn pulau-pulau lain. So, gunakan peluang utk explore seluruh tempat cantik utk dapatkan gambar yg cantik.

Mungkin faktor jarak yg agak dekat dan bajet yg murah menyebabkan sy lagi prefer ke Pulau Kapas. Lagipun, sy jenis yg tak kisah bercuti ke mana-mana pun. Memandangkan tak boleh cuti lama2, so mmg terfikir pakej daytrip je. Pergi pagi dan balik petang.

Sy booking pakej daytrip ke Pulau Kapas dengan Encik Firdaus (0145180313) daripada Team @pelbagai_pakej. Boleh usha-usha ig @pelbagai_pakej untuk lebih lanjut.

Sy mengambil pakej RM69/person termasuk
-Bot pergi balik
-Aktiviti bebas, free & easy
-Snorkeling taman laut + equipment
-Hiking bukit Singa

Seawal 8.30 pagi kami berenam iaitu sy, seorang abg, dua org kkk dan 2 org kawan bersiap sedia bertolak untuk ke jeti marang yang mengambil masa hanya 15 minit je daripada rumah kami yg terletak di Kuala Ibai, Terengganu.

Boat schedule

Jetty Marang
From Marang Jetty to Kapas
9am, 11am, 1pm, 3pm, 5pm (Sat-Thu)
9am, 11am, 2.30pm, 3.30pm, 5pm (Fri)

From Kapas to Marang Jetty
9.30am, 11.30am,1.30pm,3.30pm, 5.30pm (Sat-Thu)
9.30am, 11.30am, 3pm, 4pm, 5.30pm (Fri)

Selesai urusan pendaftaran  dan sedikit briefing di kaunter Mak Cik Gemok, kami pun bersiap sedia menaiki boat yang mengambil masa lebih kurang  15-20 minit jer. Sy paling suka gila naik bot sampai rasa mcm nak duduk jer dlm bot tu lama2. Haha. Mungkin lepas ni boleh ambil pakej island tour/hopping.

Aktiviti 1: Hiking Bukit Singa

Dinamakan Bukit Singa kerana dari tepi ia menyerupai kepala singa. Untuk ke Bukit Singa, laluannya berbatu dan berair. Tapi view sumpah cantik gila. Sy bukannya seorang yg minat gila dgn hiking sbb stamina tdk kuat. Tapi, hiking Bukit Singa ni sy suka sgt even track yg curam utk ke puncak. I will repeat again.


Let's hiking. 


Mmg curam gila. Masa ni sy dan dua org kwn je hiking sampai atas. My sis & bro can't join disebabkan takut dgn ketinggian.


Cantiknya view.


Sedih. Ni je antara gmbr yg sempat snap. Lain kali mmg kena repeat lagi utk dptkan gambar yg lg banyak.



Video by:  Rabiahtul Asma & Anis Syamila
Edit by: Anis Syamila



Aktiviti 2: Snorkeling Taman Laut

Reaksi masa first snorkeling. Masa ni takut. Haha. Semua duk pegang pelampung.


Kali ketiga snorkeling. Seronoknya!

 




 Hai, ikan.



Aktiviti 3: Mandi2, jalan2 & bergambar.


Suka main air.


Tak kisah muka burn janji dapat main air.


 Hai, ikan. Tak sudi kawan ngn sy ke? Haha.



Hanya perlukan pen + buku + ketenangan = My theraphy.


Tenggelam dlm suasana yg cukup tenang.



Best View. Photo by: Rabiahtul Asma








Banyaknya ikan.



Friend 


 Kapas Island



Let by gone be by gone :)


                                         

InshaAllah tahun ni mmg akan repeat lagi ke Pulau Kapas dan mungkin akan bercuti lebih lama, mungkin 2H 1M. Can't wait! Ada sesetengah kawan sy pelik knp sy repeat ke tempat yg sama berulang kali. Haha. Mungkin Pulau Kapas mempunyai keunikannya yg tersendiri yg menyebabkan sy jatuh cinta dan tidak pernah jemu.









Saturday, 12 January 2019

Tempat Menarik Di Dungun

Assalamualaikum. Rasanya korang dah tau kan apa yg sy nak share utk entri kali ni? Dalam previous post, mmg dah sebut nak share lebih banyak tempat menarik.  

I'm thalassophile. (A lover of the sea/someone who loves the sea, ocean.) Sy seorang yang suka gila dengan pantai terutama kalau pantai tu cantik, lagilah bertambah gila. Haha! Boleh dikatakan kebanyakan pantai yg sy dh pergi terletak di dungun. My mom said "mcm orangnya ada kat dungun." Haha, but there is no one. 

Pantai sangat memberi ketenangan pada saya dan merupakan terapi minda utk sy escape dari memikirkan sebarang masalah. Saya sanggup drive jauh2 semata-mata hanya untuk berjumpa dgn pantai. Haha. Padahal pantai dekat2 dgn rumah ada je. Yang dekat tidak dipeduli, yang jauh dicari. Macam pelik jer kata-kata tu. :D

BEACH

A PLACE OF RELAXATION, REST & TRANQUILITY.

Memandangkan ramai yg tanya kat mana biasanya gambar cantik2 yg selalu sy post kat instagram tu, so kat bawah ni antara tempat2 nya. Let's check it out.


  • PANTAI TELUK BIDARA (Pantai no 1 yg paling sy suka.)


Lawa gila view dengan pokok2 kehijauan dan gua kecil + air jernih kat pantai. 


Batu-batu yg berlapis-lapis & bergaris-garis. Batu yg sgt tajam, so plis take care & pakai selipar yg sesuai. Jgn jadi mcm sy, terpaksa tanggalkan kasut tinggi kemudian pinjam selipar kawan. (Thank you syed sbb bg pinjam selipar dan jadi photographer tidak berbayar. Haha.



Termenung ku sendiri ,memendam rindu tidak menentu. Nyanyi lagu sat :D



Abg kat belakang pun nak bergambar sama. Haha.


Ini merupakan gua kecil. I love it. Sebab air kering, so jom kita masuk gua ni. Kat dalam tu my sis tengah khusyuk meneliti gua. Haha!


Hai penyu :)





Disebabkan sy susah utk didekati (depends ats org), seseorang pernah kata, sy lg sesuai duduk dalam gua. So now, sy dh duduk dalam gua. Haha!


Saya suka duduk dalam gua. :D


My twin, me and syed.



Jom kita mendaki. Batu ni mmg tajam gila.





Video by: Rabiahtul Asma
Edit By: Anis Syamila

  • PANTAI BATU PELANDUK

Pantai Batu Pelanduk terletak di Kuala Abang, Dungun bersebelahan dengan pantai rantau abang. Batu besar yang unik seakan pelanduk merupakan view yang sangat cantik untuk ootd. Terletak kira-kira 10 km dari bandar dungun. Kalau sesiapa yg biasa lalu kawasan ni, dari tepi jalan tu mmg dah nampak batunya.




Panasnya mak aih. 



 Cahaya yg memancar.

  • PANTAI SURA TENGAH/ PANTAI TELUK LIPAT
Pantai Sura Tengah terletak berhampiran Uitm Dungun dan berhampiran dgn Pantai Sura Hujung di kawasan Teluk Gadung yang bertasik dan bersambung dgn air laut apabila air pasang.




Di kawasan ni banyak je restoran & warung. Antara yg menjadi pilihan kami warung Singgang Ulam Budu.

AddressPT14909B, Jalan Pantai Kampung Sura Tengah, Dungun, 23000 Kuala Dungun, Terengganu.


Photo by: Google


Selfie sat. Sepatutnya berempat, tapi masa ni abg g solat jumaat. So, bertiga jer.
  • PANTAI TELUK GADUNG


 



Dulu aku sendiri, kini masih sendiri. Saja nak nyanyi.


Tadi sendiri, sekarang dah ada bahu untuk bersandar. Thank u so much Fatin Marsyitah for always be there for me.


Sabar, jangan terjun.


Love this view.



Video By: Rabiahtul Asma

  • TASIK PUTERI BUKIT BESI


Tasik Puteri merupakan tasik buatan manusia yg dihasilkan daripada peninggalan lombong bijih besi. Tasik ini agak popular di kalangan pelajar UITM Bukit Besi sebab jarak antara keduanya kira-kira 6 km sahaja. Terletak 30 minit perjalanan dari bandar Dungun sejauh kira-kira 33 km dan 1 jam perjalanan dari Kuala Terengganu yg kira-kira 77 km.


Keindahan yg sangat mendamaikan & memberi ketenangan dgn melihat air tasik yang kehijauan dan dgn adanya pepohon hijau di sekitarnya.




 Sweet tak kami? Haha. 



Air terjun tasik puteri
Photo: Sumber google

Bagi yang mahir berenang bolehlah mandi kat kawasan yang agak dalam. For me sesuai mandi kat budak2 je sbb mmg tak pandai berenang.


Photo: Sumber google

Haritu, sy mandi kat sini je bersama budak2 dan berkawan dgn seorang budak. I miss her even terjumpa sekali je. She's very talkactive person.

Aktiviti all terrain vehicle ataupun ATV merupakan aktiviti yang sangat popular di kawasan ni. Bagi yang sukakan aktiviti lasak memang wajib cuba. Boleh tengok page facebook Ceas Atv Outdoor.


Photo: Sumber google

Ini merupakan sebahagian tempat sahaja yg menarik di dungun. Ada banyak lagi tempat yg belum explore. Sy mmg suka explore tempat2 menarik dan tempat makan. Kemudian hari, sy akan share tempat2 makan menarik. 

Terima kasih kpd adik beradik dan kawan yg sentiasa tidak jemu melayan perangai sy ni. Ajak pergi mana je on & sayalah yg menjadi  Miss Planner & driver sentiasa. Mungkin sy sukakan seseorang yg mempunyai minat yg sama spt sy & lebih extreme. Maybe outdoor person more suitable for me. Haha. Next plan, sy berhajat utk pergi ke tempat lain pula terutama Air Terjun Chemerong. Bye! Nantikan tempat-tempat seterusnya yg sy akan share.