Friday 11 January 2019

Tasik Pepsi Blue Terengganu

Assalamualaikum. I'm back! Yeah! Ada yang suka dgn kemunculan terbaru cik RA? Haha. Dah lama cik RA  tdk aktif menulis blog sbb banyak luangkan masa lapang dgn jalan-jalan tempat menarik utk bergambar.  Bila terlalu letih jalan2 dan habiskan masa 2-3 jam utk bergambar pd satu tempat, otak pun letih nak proses idea utk menulis.

Cik RA sebenarnya seorang yg sgt sukakan keindahan tasik. Sebut saja "Tasik Pepsi Blue" rasanya dah ramai yg tahu. Tasik ini merupakan salah satu tempat feveret cik RA utk bergambar. Ada impian utk photoshoot wedding kat tasik ni. (Mungkin hanya mimpi, tapi Aminkan aje.) Haha.

Jom kita berkenalan dgn tasik pepsi blue.

Subhanallah. View yang sangat cantik. I love it damn much!

Tasik pepsi blue/Blue Lake/ Tasik Lubuk Mandi terletak di kawasan taman kalungan mas, rusila. Air berwarna biru gelap memang sangat sesuai dengan panggilan yang diberi. Kawasan ini adalah bekas lombong emas dan sangat tidak sesuai untuk beriadah sebab laluannya agak bahaya dan curam. Mungkin disebabkan itu, tasik ini merupakan kawasan larangan dan pernah juga berlaku kes meragut nyawa.( For more info, sila google.)

Tasik ini dah lama wujud tapi viral bila tersebar video beberapa orang remaja yg terjun ke dalam tasik ini dari ketinggian hampir 50 meter. Mungkin ramai yang tahu, air tasik ini tidak sesuai untuk mandi sbb mengandungi bahan kimia dan airnya berasid, ph. 2.4.

Disebabkan viral akan keindahan tasik ini, maka cik RApun terjebak sama untuk datang ke sini. Sejenis yg tak boleh duduk diam mcm ni la. Haha. Masa mula-mula memang agak sesat juga utk sampai ke sini sbb tasik ni agak tersembunyi. Utk sampai ke sini, kena hiking sikit dalam 2-3 minit jer tapi  curam, so be careful.


Peta Lokasi
Credit photo: Encik Google :D

First time datang, mmg cik RA sangat terpukau dan jatuh hati pandang pertama. Bermula pd tu, memang agak kerap ke sini untuk dapatkan gambar2 yg cantik memandangkan bukannya jauh mana pun dgn Kuala Ibai ni. Sejenis yg gila bergambar mcm ni la. Harap bertabah la yg dipaksa menjadi photographer paksa rela tu. :D


Ni gambar masa first time datang rasanya.

Berdua dengan kawan baik sejak sekolah. Feeling2 macam kat luar negara :p Plis be careful kalau nak ambil gambar mcm ni.


Tips: Waktu yang sesuai untuk dapatkan view air colour biru  adalah pd waktu pagi-tengahari. Demi sebuah gambar, cik RA sanggup berjemur di bawah panas terik. Haha. Dahlah ambil masa yg sgt lama utk dapatkan sekeping gambar yg menjadi. I'm crazy to get a good photo. :D

Acah-acah model jer :P


Sinaran mentari menyinari :D


Thank you betulkan kain haha!

I love this pic damn much. Masa ni relakan jiwa jer terpaksa hiking dgn kain kembang 7 meter. 
Skirtby:@marinawardrobe

My bff since college. I love them.
Photo by: @anissyamila (tudung kelabu tu la photographer paksa rela kami) :D




   



Video By: Anis Syamila
Software edit: Vimage 
Edit by: Rabiahtul Asma

Sekian coretan untuk hari ini. Banyak lagi tempat2 yg akan cik RA share, InshaAllah jika diberi kerajinan dan masa yg mengizinkan.

















4 comments:

  1. agak sunyi nampak kawasannya kena pergi berteman. tapi memang lawa sungguh..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kwsn ni mmg agak sunyi & yes mmg better berteman. view mmg cntik gila utk bergambar.

      Delete
  2. Berharap sgt dpat pergi sne lagi bersma @rabiahtulasma n @anisyamila...best sgt dpat luangkan masa bersama rakan2 sekolej dlu...

    ReplyDelete