Saturday 12 January 2019

Tempat Menarik Di Dungun

Assalamualaikum. Rasanya korang dah tau kan apa yg cik RA nak share utk entri kali ni? Dalam previous post, mmg dah sebut nak share lebih banyak tempat menarik.  

I'm thalassophile. (A lover of the sea/someone who loves the sea, ocean.) Cik RA seorang yang suka gila dengan pantai terutama kalau pantai tu cantik, lagilah bertambah gila. Haha! Boleh dikatakan kebanyakan pantai yg cik RA dh pergi terletak di dungun. My mom said "mcm orangnya ada kat dungun." Haha, but there is no one. 

Pantai sangat memberi ketenangan pada cik RA dan merupakan terapi minda utk cik RA escape dari memikirkan sebarang masalah. Cik RA sanggup drive jauh2 semata-mata hanya untuk berjumpa dgn pantai. Haha. Padahal pantai dekat2 dgn rumah ada je. Yang dekat tidak dipeduli, yang jauh dicari. Macam pelik jer kata-kata tu. :D

BEACH

A PLACE OF RELAXATION, REST & TRANQUILITY.

Memandangkan ramai yg tanya kat mana biasanya gambar cantik2 yg selalu cik RA post kat instagram tu, so kat bawah ni antara tempat2 nya. Let's check it out.


  • PANTAI TELUK BIDARA (Pantai no 1 yg paling cik RA suka.)


Lawa gila view dengan pokok2 kehijauan dan gua kecil + air jernih kat pantai. 


Batu-batu yg berlapis-lapis & bergaris-garis. Batu yg sgt tajam, so plis take care & pakai selipar yg sesuai. Jgn jadi mcm cik RA, terpaksa tanggalkan kasut tinggi kemudian pinjam selipar kawan. (Thank you syed sbb bg pinjam selipar dan jadi photographer tidak berbayar. Haha.



Termenung ku sendiri ,memendam rindu tidak menentu. Nyanyi lagu sat :D



Abg kat belakang pun nak bergambar sama. Haha.


Ini merupakan gua kecil. I love it. Sebab air kering, so jom kita masuk gua ni. Kat dalam tu my sis tengah khusyuk meneliti gua. Haha!


Hai penyu :)





Disebabkan cik RA susah utk didekati (depends ats org), seseorang pernah kata, cik RA lg sesuai duduk dalam gua. So now, cik RA dh duduk dalam gua. Haha!


Cik RA suka duduk dalam gua. :D


My twin, me and syed.



Jom kita mendaki. Batu ni mmg tajam gila.





Video by: Rabiahtul Asma
Edit By: Anis Syamila

  • PANTAI BATU PELANDUK

Pantai Batu Pelanduk terletak di Kuala Abang, Dungun bersebelahan dengan pantai rantau abang. Batu besar yang unik seakan pelanduk merupakan view yang sangat cantik untuk ootd. Terletak kira-kira 10 km dari bandar dungun. Kalau sesiapa yg biasa lalu kawasan ni, dari tepi jalan tu mmg dah nampak batunya.




Panasnya mak aih. 



 Cahaya yg memancar.

  • PANTAI SURA TENGAH/ PANTAI TELUK LIPAT
Pantai Sura Tengah terletak berhampiran Uitm Dungun dan berhampiran dgn Pantai Sura Hujung di kawasan Teluk Gadung yang bertasik dan bersambung dgn air laut apabila air pasang.




Di kawasan ni banyak je restoran & warung. Antara yg menjadi pilihan kami warung Singgang Ulam Budu.

AddressPT14909B, Jalan Pantai Kampung Sura Tengah, Dungun, 23000 Kuala Dungun, Terengganu.


Photo by: Google


Selfie sat. Sepatutnya berempat, tapi masa ni abg g solat jumaat. So, bertiga jer.
  • PANTAI TELUK GADUNG



 



Dulu aku sendiri, kini masih sendiri. Saja nak nyanyi.


Tadi sendiri, sekarang dah ada bahu untuk bersandar. Thank u so much Fatin Marsyitah for always be there for me.


Sabar, jangan terjun.


Love this view.



Video By: Rabiahtul Asma

  • TASIK PUTERI BUKIT BESI


Tasik Puteri merupakan tasik buatan manusia yg dihasilkan daripada peninggalan lombong bijih besi. Tasik ini agak popular di kalangan pelajar UITM Bukit Besi sebab jarak antara keduanya kira-kira 6 km sahaja. Terletak 30 minit perjalanan dari bandar Dungun sejauh kira-kira 33 km dan 1 jam perjalanan dari Kuala Terengganu yg kira-kira 77 km.


Keindahan yg sangat mendamaikan & memberi ketenangan dgn melihat air tasik yang kehijauan dan dgn adanya pepohon hijau di sekitarnya.





 Sweet tak kami? Haha. 



Air terjun tasik puteri
Photo: Sumber google

Bagi yang mahir berenang bolehlah mandi kat kawasan yang agak dalam. For me sesuai mandi kat budak2 je sbb mmg tak pandai berenang.


Photo: Sumber google

Haritu, cik RA mandi kat sini je bersama budak2 dan berkawan dgn seorang budak. I miss her even terjumpa sekali je. She's very talkactive person.

Aktiviti all terrain vehicle ataupun ATV merupakan aktiviti yang sangat popular di kawasan ni. Bagi yang sukakan aktiviti lasak memang wajib cuba. Boleh terjah page facebook Ceas Atv Outdoor.


Photo: Sumber google

Ini merupakan sebahagian tempat sahaja yg menarik di dungun. Ada banyak lagi tempat yg belum explore. Cik RA mmg suka explore tempat2 menarik dan tempat makan. Kemudian hari, cik RA akan share tempat2 makan menarik. 

Terima kasih kpd adik beradik dan kawan yg sentiasa tidak jemu melayan perangai cik RA ni. Ajak pergi mana je on & cik RA lah  yg menjadi  Miss Planner & driver sentiasa. Mungkin cik RA sukakan seseorang yg mempunyai minat yg sama spt cik RA & lebih extreme. Maybe outdoor person more suitable for me. Haha. Next plan, cik RA berhajat utk pergi ke tempat lain pula terutama Air Terjun Chemerong. Bye! Nantikan tempat-tempat seterusnya yg cik RA akan share.










6 comments:

  1. rasanya semua tak pernah pi.. hihi.. or penah singgah tapi tak perasan pantai apa.. kalo di Terengganu CT suka Pantai Kemasek.. tapi semua pantai la lawa kalo area2 pantai timur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. next time bolehlah singgah. kt sni mmg byk pantai2. Pantai kemasik tu mmg lwo giler, tp xpegi lagi, InshaAllah klau jalan2 area tu, nk pegi jgk.

      Delete
  2. Cantik-cantik semua gambar tu..kalau la akak dapat pi situ kan..best ni buat melepaskan stress..akak plak memang jenis suka laut

    ReplyDelete
  3. Cantiknya kawasan pantau tu. Betul ke jumpa penyu best ya

    ReplyDelete