CERPEN: ISTIMEWA AIDILFITRI (ORIGINAL KARYA BY RABIAHTUL ASMA)
http://www.portalilham.my/karya/Cerpen/Cinta/EnD3WEF4HG0/ISTIMEWA-AIDILFITRI
http://www.portalilham.my/karya/Cerpen/Cinta/EnD3WEF4HG0/ISTIMEWA-AIDILFITRI
"Berlalulah sudah ramadhan, sebulan berpuasa”
“Tiba syawal kita rayakan,"
“dengan rasa gembira”
Deringan lagu yang berbunyi nyaring mengejutkan Zalikha daripada
lena. Haa, itu bukan nada dering panggilan. Tapi, itulah nada dering jam yang
di set pada telefon bimbit Samsung Duos Zalikha. Nada dering raya tu. Nampak
sangat mood nak beraya tu ada kan?
Zalikha terus mematikan bunyi jam. “Argh!” Zalikha menutup
mulutnya yang menguap dengan telapak tangannya. Nampaknya rasa mengantuknya
masih bersisa. Macam manalah tak mengantuk kalau pukul dua pagi mata baru lelap. Orang lain pada
waktu itu dah syok dibuai mimpi. Tapi untuk Zalikha, waktu 2 pagi itu adalah
waktu untuknya menulis cerpen untuk dihantar ke pihak penerbitan.
“Zalikha, bangun. Solat subuh.” Kedengaran suara Puan Rokiah
menjerit nyaring.
“Iye, mama. Orang bangunlah ni.” Cepat-cepat Zalikha mengemas
katil dan keluar dari bilik. Kalau lambat nanti, tak pasal-pasal dia kena
simbah air free.
“Wah, sedapnya bau.” Ujar Zalikha dengan senyuman manis di bibir.
Ni mesti bau nasi beriani.
“Kau tu semua benda bau sedap. Belum rasa lagi dah kata sedap.
Entah-entah bau air longkang pun kau kata sedap.” Balas kakak sulung Zalikha.
“Ish, kak Tihah ni. Orang puji mujur tau. Tak bersyukur.” Zalikha
menarik muka masam seinci.
“Haa, anak dara. Tak mandi lagi ni kenapa? Solat subuh pun belum
lagi. Seronok duduk bersembang pula ye.” Tiba-tiba Puan Rokiah muncul.
Zalikha tersengih. “Orang nak pergi mandilah ni mama.” Terus dia
membolot masuk ke dalam bilik air.
Usai solat subuh, Zalikha terus membantu kakak-kakaknya yang tekun
menyiapkan juadah raya di dapur. Ada nasi beriani, ketupat, lemang dan bermacam
jenis kuih-muih lagi. Gelak ketawa dan usikan kedengaran sungguh gembira. Bukan
selalu dapat berkumpul ramai-ramai macam ni. Maklumlah, tiga orang kakaknya itu
masing-masing duduk jauh. Menjelang hari raya dia dapat berkumpul seisi
keluarga.
Tahun ini, warna hijau menjadi tema baju raya Zalikha sekeluarga.
Zalikha menjeling dirinya sekilas di hadapan cermin. Wajahnya yang dioles
dengan dengan mekap mahal tampak berseri di pagi raya. Bibirnya pula dioles
dengan gincu berwarna merah jambu. Bulu matanya pula lebat dioles maskara. Dah
macam bulu mata Rozita Che Wan pula. Zalikha memang seorang gadis yang gemar
bersolek.
Allahu Akbar, Allahu Akbar
Allahu Akbar
La ilahaillallah hu wallah hu Akbar
Allahu Akbar Walilahilhamd
Takbir raya yang bergema kuat menandakan rasa syukur kepada Allah
SWT di atas kemenangan umat Islam setelah berpuasa selama sebulan di bulan
Ramadhan. Takbir raya yang bergema kuat itu membuatkan hati Zalikha dipagut
rasa sayu.
Sayu hatinya kerana pertama kalinya menyambut hari raya tanpa
arwah atuknya yang meninggalkannya setahun lalu. Tahun ini, dia tidak dapat
melihat wajah atuknya yang ceria. Dia tidak dapat bersalaman dan memohon maaf
atas kekhilafan diri terhadap atuknya seperti tahun-tahun yang lalu. Dia tidak
berkesempatan untuk bergelak ketawa gembira dengan arwah atuknya. Sungguh dia
amat merasai kehilangan arwah atuknya. Tapi dia harus redha dengan ketentuan
yang maha Esa. Setiap insan pasti akan merasai erti kehilangan kerana tiada
yang kekal di dunia ini. Semuanya hanyalah pinjaman.
Zalikha segera mengesat air mata yang menitis selaju air terjun di
pipinya yang mulus. Dia menyalami tangan kedua-dua orang tuanya dan memohon
maaf atas segala kekhilafan diri. Mereka berpelukan lama. Dia melakukan perkara
yang sama dengan abang-abang dan kakak-kakaknya. Bagi Zalikha, tiada apa yang lebih
terindah melainkan keluarganya.
Abah dan abang-abang Zalikha sudahpun pulang dari menunaikan solat
sunat hari raya di masjid. Mereka sekeluarga mengambil kesempatan untuk
menziarahi pusara arwah atuknya.
Sambil menikmati juadah raya, Zalikha asyik bersembang dan
bergelak ketawa dengan seisi keluarganya. Jelas kegembiraan terpancar di wajah
masing-masing. Sungguh hari raya amat bermakna.
Zalikha mengambil angin di luar rumah. Lagu raya nyanyian Anuar
dan Elina yang kedengaran di corong radio tidak mampu menteteramkan hatinya
yang tidak keruan sekarang. Entah kenapa dia tiba-tiba merindukan insan yang
jauh di pandangan,
Insan yang telah berjaya mendapat tempat pertama dalam hatinya
sejak dulu sehinggalah sekarang. Sungguh perasaannya terhadap insan itu sungguh
kuat. Dia mengeluh. Kemudian, dia melihat gelagat anak-anak saudaranya yang
sedang bergembira menyambut hari raya. Melihat anak-anak saudaranya, dia
merindukan zaman kecilnya dulu. Zaman kecilnya dulu hanyalah untuk bermain dan
bergembira. Tiada langsung kedukaan di hati.
“I miss my childhood without cares and worries in the world.”
Zalikha berkata perlahan.
“Me too.” Satu suara garau mencelah.
Hati Zalikha tersentak kuat. Suara itu. Itu bukan ke suara insan
yang amat dikenalinya? Dia terus berpaling mencari tuan empunya suara itu.
Dia tergamam. Mulutnya hampir terlopong melihat wajah lelaki
tampan di hadapannya itu. Biar betik? Adakah ini hanya sebuah mimpi? Lelaki itu
masih lagi sama seperti dulu. Tetap segak. Wajahnya ada iras-iras Syarul
Ridzwan. Pelakon terkenal yang amat diminati oleh Zalikha. Ketinggiannya
sekitar 170 cm. Siap dengan ukuran lagi, nak jadi jururawat tak bergaji yang
ambil bacaan tinggi dan berat orang dekat klinik pula ke, Zalikha?
“Tutup mulut awak tu, nanti tak pasal-pasal lalat masuk. Saya
tahulah saya ni hensem, tapi awak tak payahlah nak tenung saya bagai nak tembus
biji mata.” Ujar lelaki berbaju melayu hijau itu dengan senyuman nakal.
Zalikha termalu sendiri. Itulah, siapa suruh tenung anak teruna
orang. Ish, baru dia perasan. Warna baju dia dan lelaki itu sama. Ish, malunya.
Macam pasangan kekasih lah pula. Lelaki itu masih lagi sama seperti dulu. Tiada
apa yang berubah. Dan apa yang pasti perasaan Zalikha terhadap lelaki itu juga
masih lagi sama seperti dulu. Tiada yang berubah. Jantungnya kuat memalu
dadanya sudah seperti bunyi paluan kompang.
“Mr Annoying.” Ujar Zalikha perlahan.
“Miss Egois.” Balas lelaki itu pula.
3 tahun lalu.
“Sedapnya aiskrim coklat ni.” Ujar Zalikha yang sedang menikmati
kesedapan aiskrim coklat kegemarannya yang dibelinya di kedai depan rumahnya
tadi.
“Ouch!” Zalikha mengaduh sakit saat bahunya dilanggar bahu
seseorang. Habis aiskrimnya jatuh atas tanah.
Hati Zalikha diselubungi perasaan marah yang membara saat melihat
aiskrim kesayangannya jatuh atas tanah.
“Eh budak kecil, lain kali jangan makan aiskrim sambil berjalan.”
Tegur seorang lelaki yang segak.
“Zalikha mencebik bibir. “Ganti balik aiskrim saya.”
Lelaki itu mendengus sinis. “Jangan harap. Belilah sendiri.”
“Mr Annoying.” Jerit Zalikha kuat.
“Huh! Miss Egois.” Balas lelaki itu sambil berlalu pergi.
Insiden itu masih lagi segar di ingatan Zalikha walaupun dah lama
berlalu. Benarlah kata orang, kita tak akan dapat menghapuskan kenangan.
Lamunan Zalikha terhenti saat Mr Annoying memulakan bicara.
“Sebenarnya saya cintakan awak.”
“Apa?” Benarkah apa yang didengarinya itu? Dia berasa seolah-olah
dia sedang bermimpi.
“Eh, kau berdua buat apa dekat laman tu? Naiklah atas. Zalikha,
ajak Imran naik.” Kedengaran suara Kak Tihah melaung kuat.
“Kakak saya ajak naik, jomlah.”
Sewaktu Zalikha dan Imran menapak masuk ke dalam rumah, semua ahli
keluarganya tidak lepas memandang ke arah mereka. Zalikha mula berdebar-debar.
Kenapa semua orang merenungnya seolah-olah dia ada buat kesalahan yang sangat
besar.
Zalikha terus menyalami tangan ibu Mr Annoying dan
saudara-saudaranya. Zalikha sudah menganggap ibu Mr Annoying seperti ibunya
sendiri kerana mereka sudah lama kenal. Maklumlah, mereka berjiran.
“Nampak gayanya, tak lama lagi dapatlah kita makan nasi minyak ye.”
Kak Syuhada berkata dengan senyuman nakal.
Sungguh Zalikha tidak faham. Kata-kata yang diucapkan oleh kak
Syuhada disambut gelak ketawa oleh seluruh keluarganya. Apa yang lucu pun dia
tidak tahu. Ingat ni maharaja lawak mega ke? Zalikha menjeling sekilas ke arah
Mr Annoying yang tampak malu-malu. Apa yang berlaku sebenarnya? Sungguh dia tak
faham. Dahinya berkerut seribu cuba memahami apa yang berlaku.
“Lambat pick-up betul anak mama ni. Si Imran ni datang nak
meminang kamu. Setuju ke tidak?”
Zalikha tersengih. Dia menundukkan wajahnya. Argh, malunya.
Wajahnya mula memerah bagai disimbah sebesen cili boh. Ahli keluarganya pula
tak habis-habis mengusik dirinya.
“Orang tua-tua cakap, kalau diam tu tandanya setujulah ye.” Ujar
Kak Tihah pula.
Setiap orang mempunyai kisah istimewa aidilfitri yang tersendiri.
Bagi Zalikha, istimewanya aidilfitri pada tahun ini kerana dia akan bergelar
isteri kepada lelaki yang dicintainya pada hari raya keenam nanti. Istimewanya
aidilfitri pada tahun ini kerana Zalikha sudah mempunyai pasangan untuk beraya
bersama. Istimewanya aidilfitri dapat memberikan kegembiraan yang tidak
terhingga yang terpancar di wajah seluruh keluarga Zalikha serta Zalikha
sendiri.
Alhamdulillah. Zalikha bersyukur kerana dia dapat menyambut
istimewanya aidilfitri bersama insan tersayang. Dia mengharapkan tahun depan
dan tahun-tahun seterusnya dia berpeluang menikmati istimewanya aidilfitri.
Sekarang, tibalah masa untuk mereka sekeluarga beraya. Misi untuk menikmati
juadah raya juga tidak dilupakan.
-TAMAT-
Amboi, Syarul Ridzwan. Nak jugak, huhuhu. Anyway, nice and simple short story. Keep it up! I also dah lama bjinak-jinak dgn literature and writings but skrg bru ada masa nak buat blog http://ukwilltellstories.blogspot.my/2017/04/magika-mimpi-part-1.html.
ReplyDeleteCome support ya. Thanks xoxo :)
:D Tqsm btw sy dh bce pon awk punyer short stories, mimpi elia. Best sgt2.. Klau awk msukkan short stories awk kt portal ilham karangkraf okey jgk.. http://www.portalilham.my/
DeleteAlololo tersengih kita, teringat syawal ritu pun ada yang datang meminang, ihiks.
ReplyDeleteNice story, keep up the good work. macam mana awak cari karya saya tu, hehehe dah lama tak menulis takut org tak suka :P
laa, yeke? hihi.. sme plk dgn cerpen ni.. sy terjumpa link blog awk kt blog yg sy tgh terjah.. lpstu godek2 tgk karya.. hihi.. penulisn awk pon bgus..
DeleteZalikha Zalikha Zalikha.. hehe teringat lagu Floor 88 tu..
ReplyDeleteSaya singgah sini..
Jemput ke blog saya juga, duniactroxalynna.blogspot.my
hai.. tq singgah.. nt sy singgah blog awk yer.. slmt berkenalan
Delete