Sunday 13 January 2019

Jatuh Cinta Dengan Pulau Kapas

Assalamualaikum. Amboi tajuk post bukan main, haha. Tapi nak dijadikan cerita mmg cik RA dah jatuh hati gila dgn Pulau Kapas, mujur tak jatuh cinta dgn org kat sana jer. :D

#THROWBACK

Tahun 2018, dah tiga kali cik RA menjejakkan kaki ke Pulau Kapas. Ni mmg jatuh cinta tahap gaban. Tular posting pakej daytrip Pulau Kapas dengan bajet yg sgt murah di facebook menyebabkan cik RA excited gila nak pegi. Kalau ditanya apa hobi no 1 cik RA, jawapannya travel & bergambar.



My wishlist: Travel every year. Hopefully my partner share same interest just like me.

Pulau Kapas mmg indah seindah pasir pantai di pulau yg putih bagaikan kapas. Air laut di perairan sgt jernih/ clear crystal water. Bagi cik RA, Pulau Kapas sesuai untuk holiday yang ringkas. Mungkin bagi sesetengah orang, Pulau Kapas agak biasa jika nak dibandingkan dgn pulau-pulau lain yg lagi menarik spt Pulau Redang, Pulau Perhentian dan lain-lain.

Pulau Kapas sgt kecil kalau nak dibandingkan dgn pulau-pulau lain. So, gunakan peluang utk explore seluruh tempat cantik utk dapatkan gambar yg cantik.

Mungkin faktor jarak yg agak dekat dan bajet yg murah menyebabkan cik RA lagi prefer ke Pulau Kapas. Lagipun, cik RA jenis yg tak kisah bercuti ke mana-mana pun. Memandangkan tak boleh cuti lama2, so mmg terfikir pakej daytrip je. Pergi pagi dan balik petang.

Cik RA booking pakej daytrip ke Pulau Kapas dengan Encik Firdaus (0145180313) daripada Team @pelbagai_pakej. Boleh usha-usha ig @pelbagai_pakej untuk lebih lanjut.

Cik RA mengambil pakej RM69/person termasuk
-Bot pergi balik
-Aktiviti bebas, free & easy
-Snorkeling taman laut + equipment
-Hiking bukit Singa

Seawal 8.30 pagi kami berenam iaitu cik RA, seorang abg, dua org kkk dan 2 org kawan bersiap sedia bertolak untuk ke jeti marang yang mengambil masa hanya 15 minit je daripada rumah kami yg terletak di Kuala Ibai, Terengganu.

Boat schedule

Jetty Marang
From Marang Jetty to Kapas
9am, 11am, 1pm, 3pm, 5pm (Sat-Thu)
9am, 11am, 2.30pm, 3.30pm, 5pm (Fri)

From Kapas to Marang Jetty
9.30am, 11.30am,1.30pm,3.30pm, 5.30pm (Sat-Thu)
9.30am, 11.30am, 3pm, 4pm, 5.30pm (Fri)

Selesai urusan pendaftaran  dan sedikit briefing di kaunter Mak Cik Gemok, kami pun bersiap sedia menaiki boat yang mengambil masa lebih kurang  15-20 minit jer. Cik RA paling suka gila naik bot sampai rasa mcm nak duduk jer dlm bot tu lama2. Haha. Mungkin lepas ni boleh ambil pakej island tour/hopping.

Aktiviti 1: Hiking Bukit Singa

Dinamakan Bukit Singa kerana dari tepi ia menyerupai kepala singa. Untuk ke Bukit Singa, laluannya berbatu dan berair. Tapi view sumpah cantik gila. Cik RA bukannya seorang yg minat gila dgn hiking sbb stamina tdk kuat. Tapi, hiking Bukit Singa ni cik RA suka sgt even track yg curam utk ke puncak. I will repeat again.


Let's hiking. 


Mmg curam gila. Masa ni cik RA dan dua org kwn je hiking sampai atas. My sis & bro can't join disebabkan takut dgn ketinggian.


Cantiknya view.


Sedih. Ni je antara gmbr yg sempat snap. Lain kali mmg kena repeat lagi utk dptkan gambar yg lg banyak.



Video by:  Rabiahtul Asma & Anis Syamila
Edit by: Anis Syamila



Aktiviti 2: Snorkeling Taman Laut

Reaksi masa first snorkeling. Masa ni takut. Haha. Semua duk pegang pelampung.


Kali ketiga snorkeling. Seronoknya!

 




 Hai, ikan.



Aktiviti 3: Mandi2, jalan2 & bergambar.


Suka main air.


Tak kisah muka burn janji dapat main air.


 Hai, ikan. Tak sudi kawan ngn sy ke? Haha.



Hanya perlukan pen + buku + ketenangan = My theraphy.


Tenggelam dlm suasana yg cukup tenang.



Best View. Photo by: Rabiahtul Asma








Banyaknya ikan.



Friend 


 Kapas Island



Let by gone be by gone :) Masa ni tengah layan perasaan sikit. Haha!


                                         

InshaAllah tahun ni mmg akan repeat lagi ke Pulau Kapas dan mungkin akan bercuti lebih lama, mungkin 2H 1M. Can't wait! Ada sesetengah kawan cik RA pelik knp cik RA repeat ke tempat yg sama berulang kali. Haha. Mungkin Pulau Kapas mempunyai keunikannya yg tersendiri yg menyebabkan cik RA jatuh cinta dan tidak pernah jemu.









13 comments:

  1. Tak pernah pergi pulau kapas. Tapi sejenis yang takut naik bot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xbiasa naik bot mmg tkot mle2, nt dh biasa mmg suka.

      Delete
  2. Mmg cantik prmanndagannya.. murah la Pakej tu

    ReplyDelete
  3. Ciktie pun suka pulau kapas tu sebab pasirnya tu tapi dari zaman belajar sampailah sekarang tak sampai² sana lagi hehe

    ReplyDelete
  4. Memang teringin nk ke Pulau Kapas tapi masih tak kesampaian...InsyaAllah one fine day

    ReplyDelete
  5. Belum pernah pergi Pulau Kapas. Ada anak kecik, berkira-kira jap nak gi xD Tapi memang cantik view dia masyaAllah :)

    Salam kenal dari Syaza, follower ke #88 Cik Rah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah nt smpai jgk hehe. view dia mmg cntik. slm kenal jgk. :)

      Delete