Sunday, 11 June 2017

Resepi Rendang Ayam Cili Padi

Assalamualaikum.  Apa khabar semua?  2-3 hari ni saya masih lagi selsema sampai merah hidung dibuatnya.  Maklumlah, ubat tak pernah sentuh, macam mana nak baik cepat kan? Huhu.  Siapa yang kenal saya, tahulah saya ni memang jenis tak suka makan ubat.  Haish, susah juga kan?  

Okeylah, berbalik pada tajuk entri, resepi rendang ayam cili padi. Hari tu, duk terfikir resepi-resepi ayam.  Yalah, biasanya kat rumah mak selalu masak masakan ayam yang simple aje, macam ayam masak merah, gulai ayam.  Saya sebenarnya jenis suka mencuba resepi baru.  Biasanya memang akan ada dua jenis lauk kat rumah sebab mak memang akan masak lauk yang biasa dia masak.  Saya pula akan masak lauk yang saya gemari/ yang tak pernah cuba. Lagipun, bila kita mencuba resepi baru, secara tidak langsung kemahiran dan pengetahuan tentang memasak lebih bertambah,

Ternampak post resepi rendang ayam cili padi dalam group Masak apa hari ni (MAHN). Nak cari balik post resepi tu, dah tak jumpa. Lepas tu gigih saya duk mengoogle resepi ni. Jom kita tengok resepinya.  

Untuk resepi ni, saya guna sikit aje ayam.  Kalau nak masak lebih, korang pandai-pandailah tambah bahan-bahan.  Saya masak pun main agak-agak aje.

P/S: I'm not too excellent in cooking but I do love cooking.


Rendang Ayam Cili Padi

Bahan2:

- Ayam (saya guna 4 ketul aje) (digaul garam & kunyit, digoreng separuh masak)
- 1 cawan santan cair
- 2 batang serai (diketuk)
- 1 keping asam keping
- Daun kunyit ( dipotong halus)
- 1 sudu besar kerisik
- 1 sk serbuk ketumbar
- 1 sk serbuk jintan manis
- 1 sk serbuk jintan putih
- Air secukupnya

Bahan kisar:

- 3 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 inci kunyit hidup
- 1/2 inci halia
- 10 biji cili padi
- 1 sudu besar cili kisar
- 2 hirisan nipis lengkuas

Cara2:

- Panaskan kuali & masukkan minyak.  Tumis bahan kisar & serai hingga pecah minyak. Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis & jintan putih. Kacau rata.

- Masukkan santan dan air secukupnya.  Bila dah mendidih, masukkan ayam, asam keping, gula dan garam secukup rasa.

- Bila hampir terbit minyak, masukkan kerisik dan daun kunyit.

- Masak sehingga rendang agak kering dan terbit minyak.





Taraa. Dah siap.  Selamat mencuba.

Harini saya nak masak ayam masak ungkep pula.  Resepi rendang ayam cili padi ni, seminggu lepas saya dah buat, cuma harini baru berkesempatan nak update resepinya. Ada ke yang suka dengan resepi ni? Kalau suka, boleh komen ya.  Bye2.  Tunggu next entri pula ye.  Ada banyak lagi resepi yang saya masih belum berkesempatan nak update.


4 comments:

  1. Nampak sedap tu...SA suka rendang yang lembab2...sedap..

    ReplyDelete
  2. hihi.. tq.. next time sy nk cbe bt yg lembab2 plk.. :)

    ReplyDelete
  3. terliur dah ni, siap ada resepi lagi. bilalah nak dapat buat

    ReplyDelete