Sunday, 2 October 2016

Resepi Sup Daging Simple

Assalamualaikum...
Saya ni memang penggemar sup, sup ayam, sup daging, apa jenis sup pun saya suka. Untuk sup saya tak suka tumis sebab agak berminyak, so saya campak-campak aje semua bahan.  Mudah kan? Haha.

Kali ni saya nak share resepi sup daging requested dari abang saya.  Actually, dah lama nak share resepi ni masa hari raya haji tu lagi, tapi sebab saya agak bz dengan urusan praktikal masa tu, so niat tu dibatalkan begitu sahaja. Alhamdulillah, hari ni saya senyum gembira sebab cuti dan finally yeah! Inilah masanya untuk berblogging. :)

Okey, resepi yang saya nak share ni sangat ringkas. Jom layan resepinya.

Bahan2:

-Daging lembu (anggaran 2-3 orang makan)
-4 biji kentang (dipotong 4)
-1 batang kayu manis
-Sup bunjut
-2 Kiub daging
-1 labu bawang besar (dihiris bulat)
-2cm halia (ditumbuk)
-5-6biji cili padi (ikut kepedasan masing2)
-1sk lada hitam
-1sk lada putih
-Daun sup
-Daun bawang
-Sedikit perahan air limau nipis
-Air secukupnya
-Garam secukup rasa

Cara memasak:

1- Rebus daging dengan sup bunjut dan 2kiub daging sehingga empuk.
    Make sure air cukup.  Kalau daging masih liat, tambahkan lagi air.

2- Masukkan kentang,kayu manis, halia, cili padi, lada hitam, lada putih, bwg bsr, perahan air limau nipis.

3- Masukkan garam secukup rasa dan kacau rata sup.

4- Taburkan daun bawang & daun sup yang dipotong halus ke dalam sup.


Sup daging dimakan bersama nasi air.  Fuhh, selera..





No comments:

Post a Comment