Thursday, 6 October 2016

Resepi Nasi Goreng Telur Masin

Assalamualaikum.

Baru-baru ni ternampak post resepi nasi goreng telur masin kat fb, terus saya share.  Maklumlah, saya ni kalau bab-bab makanan mmg suka share sbb sangat bermanfaat bagi orang yang kuat mkn macam saya ni.  Ada masa boleh terus cuba resepi2 baru.

Disebabkan malam ni perut saya asyik memainkan muzik yang tersendiri, saya pun decide nak masak resepi nasi goreng yang simple2 aje.  Sebelum ni dah macam2 jenis nasi goreng dah cuba buat, sekarang tukar selera pulak.  Bahan-bahan yang diperlukan pun sangat simple dan sikit.  Okey, dah nama nasi goreng telur masing, of course bahan utamanya telur masin.  Jom kita lihat resepinya.

Sumber resepi: Resepi sedap

Resepi dari chef fiza

RESEPI NASI GORENG TELUR MASIN

Bahan2:

2 Biji telur masin 
2 cawan nasi sejuk
2 ulas bawang putih 
3 sudu besar minyak masak
1 sudu besar mentega
Beberapa ekor udang segar atau isi ayam 
1/2 cawan daun bawang - di potong pendek 
2 biji cili padi - sila tambah jika suka pedas


Cara menyediakannya:

1. Rebus telur masin, kupas dan hancurkannya dengan garfu.

2. Panaskan kuali, masukkan 2 sudu minyak masak dan bawang putih dan kacau hingga wangi. Masukkan nasi dan kacau sebentar. Angkat dan masukkan kedalam pinggan. Ketepikan seketika.

3. Masukkan lagi 1 sudu besar minyak masak di dalam kuali tadi, goreng udang/ayam hingga kekuningan. Ketepikan seketika di pinggir kuali.

4. Perlahankan api dapur, masukkan mentega (tidak perlu tunggu hingga mentega cair sepenuhnya) dan masukkan telur masin yang di hancurkan tadi. Masak hingga telur agak berbuih. Masukkan juga cili padi.

5. Kacau udang/ayam di dalam telur masin yang berbuih tadi seketika dan kuatkan api dapur. 
Masukkan kembali nasi yang di goreng sebentar tadi, daun bawang dan kacau seketika.

6. Perasakan dengan lada sulah dan jika kurang masin boleh juga di tambah sedikit garam. 

Utk resepi kali ni saya perasakan dgn sedikit garam sbb krg masin. Sebab tak ada udang, saya just masukkan ayam & saya masukkan daun sup sebagai pengganti daun bwg.

 Selamat mencuba resepi yang ringkas ini.






No comments:

Post a Comment