Monday, 23 May 2016

Resepi tomyam ayam

Assalamualaikum.  

Hari ni nak share sikit resepi tomyam ayam yg sgt mudah. Saya ni memang penggemar tomyam.  Kalau pergi kedai pun, selalu order tomyam.  Kali ni try buat sendiri.  Dari segi rasa tak jauh beza pun dgn yang selalu beli kat kedai.  Abg dan kkk pun tadi siap tambah berkali-kali dan saya pun sama naik.  Hihi.  

Bahan-bahan
-Ayam(Dipotong kecil)
-1 paket perencah tomyam
-2 biji tomato(dipotong 4) 
-2 btg serai (diketuk)
-5 helai daun limau purut
-Carrot
-Bunga kubis
-Putik jagung
-1 biji bwg holland (dihiris bulat)

 Bahan kisar
-2 ulas bwg merah
-2 biji tomato 
-cili padi(6-8) (ats selera masing-masing)

Cara-cara.
1) Masukkan sedikit minyak. Tumiskan bahan kisar dan perencah tomyam.
2) Masukkan air secukupnya.
3)Masukkan ayam
4)Masukkan serai, carrot, bunga kubis, putik jagung, bwg holland dan daun limau purut.
5)Masukkan garam secukup rasa.

Siap!



No comments:

Post a Comment