Tuesday, 19 April 2016

Nasi Goreng Kailan Ikan Masin

Assalamualaikum..  Malam ni tiba-tiba mood memasak singgah.  Semenjak dua menjak ni rasa suka pula bab masak-memasak ni.  Duk terfikir nak msk ape utk makan malam ni. Tengok dlm peti ada sayur kailan dan ikan masin.  Biasa kalau pergi mkn kat kedai, memang wajib order kailan ikan masin.  Dah itu feveret saya, abang dan kakak.  Hihi.  So malam ni terfikir nak buat nasi goreng kailan ikan masin.  Simple pun simple sebab tak byk bahan yg diperlukan.    Alhamdulillah, licin dua pinggan nasi masuk ke dalam perut saya.  Abang dan kakak pun siap tambah lagi nasi.  Haha. 

Bahan-bahan
-5 cwn nasi
-Kailan 
-Ikan masin
-2 biji bwg merah(dikisar)
-2 ulas bwg putih(dikisar)
-6 biji cili api(dikisar)
-Sedikit belacan(dikisar)
-sedikit ikan bilis(dikisar)
-sedikit sos ikan
-Minyk msk

Cara
1-Panaskan minyak masak dan goreng ikan masin.  Kemudian tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2-Masukkan nasi, kailan, dan sos ikan.
*Boleh masukkan grm jika perlu.  Tp jgn byk sgt takut terlebih masin.

Haa, dah siap pun.



No comments:

Post a Comment