Thursday, 3 September 2015

Percutian Ke Legoland

Assalamualaikum.  Pernah dengar nama Ilham Karangkraf tak?  Ilham Karangkraf merupakan pihak penerbitan novel.  Sekarang ini, saya pun  upload karya cerpen saya di portal ilham karangkraf.  Nak dijadikan cerita, baru-baru ini saya ada melihat contest di instagram yang dianjurkan oleh pihak ilham karangkraf.  Saya pun apa lagi, mulalah teruja nak join.  Mana tahu kot-kot ada rezeki kan.  Amin.



Saya selalu aje stalk IG ilham karangkraf.  Nak tengok senarai nama pemenang.  Tengok-tengok Cik Ilham dah umumkan 10 nama pemenang yang bertuah.  Tapi saya taklah frust walaupun nama saya masih belum  ada.  Iyelah, sebab saya join just untuk mencuba nasib.  Kalau dapat Alhamdulillah, kalau tak dapat pun no problem.  Mana tahu rezeki lain pula yang ada kan.

Hari punya hari tunggu, akhirnya Cik Ilham pun umumkan 20 lagi nama pemenang.  Eh, biar betik bin papaya?  Nama saya pun tersenarai.  Apa lagi saya, seronok lah jawapannya.  Memang sangat seronok dan teruja dapat 5 tiket free kot untuk ke legoland.  Alhamdulillah, sangat-sangat bersyukur.  Bukan senang kot nak pergi ke Legoland.  Seperti yang kita semua tahu Legoland adalah tempat menarik yang terbesar di Johor.

Akhirnya plan untuk bercuti ke legoland  bersama kakak, abang dan dua orang rakan saya tercapai.  Dapat juga pergi bercuti time cuti sem.  Tak adalah bosan sangat mereput kat rumah.  Alhamdulillah.  Tak putus-putus saya mengucapkan kalimah itu menandakan rasa syukur.  Kami plan untuk ke legoland selama satu hari.  Tiket bas pun dah beli.  Semua berjalan dengan lancar. 
Pukul 9 p.m kami dah ke stesen bas Terengganu.  Pukul 9.30 kami menaiki bas.  Semalaman boleh dikatakan saya tak tidur.  Teruja punya pasal.  Alhamdulillah, pukul 6.30 pagi kami tiba di Johor.   Selepas breakfast semua, kami pun bertolak ke Legoland yang terletak di Nusajaya menaiki bas.  

Akhirnya legoland here we are!

Ni merupakan pintu masuk Legoland Waterpark.



Ni pula waterpark.  Ada banyak permainan kat sini.  Memang best.  Saya ni memang suka main air. Hihi.


Haa, ni lah salah satu aktiviti dekat taman theme park.  Taman theme park memang menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik.  Yang paling saya suka adalah roller coaster. Walaupun takut sampai menjerit-jerit saya dibuatnya, tapi sangat seronok.  




Haa, ni lah gambar saya tengah main wave races and water splash.  Semua permainan kat sini memang best dan saya rasa macam tak puas main.  


Sungguh banyak pengalaman yang saya dapat kat sini.  Rasa macam tak nak balik pun ada. Harap-harap lepas ni ada rezeki lagi untuk ke Legoland.





No comments:

Post a Comment