Sunday, 14 June 2015

Tips cara kekalkan persahabatan

Assalamualaikum all.  Dah lama saya menyepi dlm dunia blogging.  Dah lama jari-jemari runcing saya ni tak menekan papan kekunci keyboard.  Dan dah lama juga saya tak buat essay ni.  Haha.  Rindu pula rasanya. :P  Maklumlah sebagai seorang students asyik bz aje.(Bz lah sgt)

Hari ni saya nak share tentang friendship.  Semua org ada sahabat kan, termasuk saya juga.  Persahabatan ni sgt indah kalau kita menghargai ikatan persahabatan yg terjalin.  Sahabat merupakan org yg terdekat dgn kita selepas ibu bapa kita.  Iye tak?  Sahabat juga adalah insan yg selalu mendengar cerita kita, yg selalu memberi kata-kata semangat di saat kita jatuh.

Persahabatan pun ada pasang surutnya.  Setakat bergaduh sikit2 tu biasalah kn.  Saya dgn kwn2 saya pun selalu aje bergaduh pastu baik balik.  Dah adab berkawan kan.  Yang penting bagaimana cara kita menanganinya supaya sebuah ikatan persahabatan itu tdk putus.  Rugilah kan kalau ikatan suci persahabatan yg dibina sekian lama terputus di tengah jalan. 

Okey, di sini saya nak bagi tips sikit tntg cara untuk mengekalkan persahabatan.

Tips untuk kekalkan persahabatan

1)Saling memahami antara satu sama lain

-Setiap orang lain cara dan berbeza perangai.  Tapi cubalah untuk faham antara satu sama lain. 

2)Memberi sokongan

Sokongan dlm persahabatan sgt penting bagi seseorang itu berasa dihargai.  Sentiasalah beri sokongan kpd sahabat korang.  Contohnya beri kata2 semangat kpd sahabat korang yang tengah ada masalah dan lain2.

3)-Menerima segala kelebihan dan kekurangan

Setaip individu berbeza perangai.  Kalau nak persahabatan kekal lama, mmg kena terima segala kelebihan dan kekurangan.  Kalau ada kekurangan sahabat, kita jgn membenci, cubalah memperbaiki.  Jgn pula bersifat iri hati akan kelebihannya.  Sentiasa ingat  setiap org ada kelebihan & kekurangan yg tersendiri.  Semoga itu bukan jadi penghalang dlm menjalinkan persahabatan.

4)Menghargai jasa sahabat

Untuk menghargai jasa sahabat, tidak semestinya dgn kemewahan & wang ringgit yg berjuta. Sentiasa bertanya khabar, luangkan masa bersama itu juga cara menghargai jasanya. 

5)Jangan terlalu ego

Ego pemusnah nombor 1 dalam setiap hubungan.  Kalau ada tersalah silap ke jangan ego untuk meminta maaf.  Dan jika ada yang meminta kemaafan jgn ego utk memaafkan. Manusia tdk lepas dari berbuat kesalahan.  Dalam persahabatan jgn biarkan ego menjauhkan dua hati yg saling menyayangi.


6)komunikasi

Zaman skrg dah maju, komunikasi boleh dilakukan bukan sahaja melalui face to face tetapi melalui media sosial juga.   Kalau sibuk akan komitmen masing2, jarang2 sekali ada masa lapang, gunakan masa itu utk berkomunikasi dgn sahabat.


7)Pendengar yang baik

Bila sahabat bercerita untuk meluahkan sesuatu, cubalah pinjamkan telinga untuk menjadi pendengar yang baik.  Jgn sesekali menunjukkan tiada minat bila sahabat bercerita.

*Hargailah persahabatan yg terjalin.  Jgn pernah memutuskan ikatan persahabatan krn ikatan persahabatan sgt berharga.

*Persahabatan itu indah tetapi memerlukan kesabaran untuk menjadikannya lebih indah dalam waktu yang lama.

No comments:

Post a Comment