Friday, 3 October 2014

Ayam Masak Kicap Hailan.

Assalamualaikum semua.
Setelah sekian lama saya tak update blog disebabkan masa yang  tidak mengizinkan, hari ni saya nak share resipi ayam masak kicap hailan yang sangat senang, sambil tutup mata pun boleh buat. :P


BAHAN-BAHAN:

-Ayam.
-20 ml perahan air asam jawa.
-50 ml kicap
-3 Sudu makan cili boh.
-1sudu teh serbuk kunyit.
-1 batang cili merah.
-2 batang serai.
-Garam secukup rasa.


BAHAN TUMBUK:

-3 ulas bawang merah.
-2 ulas bawang putih
-2sm halia


CARA MEMBUAT:

1)Gaul ayam bersama serbuk kunyit,bahan tumbuk dan garam secukup rasa.
2)Masuk cili boh dan gaul rata.
3)Masuk ayam ke dalam kuali dan biarkan masak seketika.
4)Tuang kicap dan sedikit air.
5)Masukkan sedikit air perahan asam jawa.
6)Titik serai dan cili merah.Biar sehingga masak.



Inilah hasilnya.  Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment