Thursday, 10 April 2014

Membaca itu indah

Assalamualaikum...

Hari ni semangat saya berkobar-kobar nak share tentang novel. Bercakap tentang novel, saya dulu bukanlah seorang peminat novel. Tetapi selalu tengok kakak yang suka layan novel dan saya pun terjebak sama.  Hihi. Bagi saya, novel ni ada value yang tersendiri. Ini merupakan pendapat saya sebagai seorang peminat novel, bagi yang tak minat mungkin pandangan diorang berbeza.

Kenapa suka novel?
Itulah soalan yang sering ditanya rakan2 saya yang tak suka membaca novel.

Once saya dah start baca novel, saya dpt rasakan bagaimana emosi yang diceritakan dlm novel tersebut. Seolah-olah watak dlm novel itu adalah saya.

Baru-baru ni, saya ada join pertandingan memburu buku yang dianjurkan oleh pihak alaf 21 dan buku prima. Tgk syarat yang ditetapkan kacang aje, nak juga mencuba nasib, mana tahu dpt novel free. Tapi tetap tak berpeluang nak menang. Rezeki bkn milik saya.



Ini merupakan separuh koleksi novel saya. Sampai di sini saja.

No comments:

Post a Comment